SEJARAH

Friday 12 November 2010

SELAMAT DATANG KE PORTAL KELAB TaHa

Buat pertama kalinya, Unit Pemasaran TH Kemaman telah mewujudkan PORTAL KELAB TaHa selaras dengan pembangunan dan pengetahuan dalam teknologi maklumat di kalangan ahli Kelab TaHa. “Maklumat di hujung jari anda” adalah satu slogan yang biasa didengari apabila kita mengakses internet atau blog. Selaras dengan perkembangan itu, Unit Pemasaran TH Kemaman tidak mahu ketinggalan untuk bersama memberi kemudahan kepada ahli Kelab TaHa secara amnya ahli kelab yang berada di Negeri Terengganu dan secara khususnya yang berada di Daerah Kemaman.

Sejajar dengan kemudahan teknologi yang sedia ada, Unit Pemasaran TH Kemaman telah mewujudkan portal ini untuk memberi segala maklumat yang berhubung kait dengan aktiviti Kelab TaHa, kelebihan menjadi ahli Kelab TaHa dan senarai Rakan-rakan Kelab TaHa di Daerah Kemaman. Tidak ketinggalan juga maklumat yang berhubung-kait dengan program-program Bahagian Khidmat Pelanggan (BKP) Tabung Haji bersama Berita Harian yang mana telah memberi ruang dan peluang untuk para ahli kelab menyertainya.

Selain dari informasi-informasi yang disalurkan kepada ahli kelab berkaitan dengan aktiviti Kelab TaHa, ahli kelab juga didedahkan dengan maklumat-maklumat lain seperti Sejarah Penubuhan Tabung Haji, Sejarah Kewujudan Daerah Kemaman dan juga Biografi Tabung Haji Kemaman.

Diharap dengan adanya portal ini, segala maklumat yang diingini oleh ahli kelab dapat dimanfaatkan secara keseluruhannya.



Untuk keterangan lanjut berhubungkait dengan Kelab TaHa, sila layari laman web di bawah ini :-