SEJARAH

Saturday 11 December 2010

KRONOLOGI TH DAERAH KEMAMAN

TH Kemaman merupakan pejabat TH Cawangan yang ketiga dibuka di Negeri Terengganu selepas TH Kuala Terengganu dan TH Besut. Ianya mula beroperasi pada 15 Mei 1983. Pada masa tersebut, TH Kemaman telah menyewa 1 unit ruang bangunan di Arked MARA berhampiran dengan Perhentian Bas Kemaman. Pada tahun 1985, satu rancangan bersama Majlis Daerah Kemaman (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kemaman), Yayasan Islam Terengganu dan Tabung Haji telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan.



Bangunan tersebut telah siap dibina dan mula diduduki pada 8 Februari 1989 dan ianya dikenali dengan nama Bangunan Wisma Serangkai dan TH Kemaman telah mula berpindah dan menjalankan operasi di bangunan tersebut di Tingkat Satu. Dengan terbinanya bangunan ini, TH Kemaman bukan sahaja berperanan untuk memberi perkhidmatan kepada pendeposit melalui Simpanan, Pengeluaran dan Urusan Haji malahan lebih meluas lagi. Di antaranya TH Kemaman juga dapat membantu masyarakat Bumiputera dalam bidang perniagaan dengan menyediakan prasarana ruangniaga dengan harga yang berpatutan.


TH Kemaman dari tahun ke tahun telah memperlihatkan perkembangan yang amat memberangsangkan. Kunjungan penduduk dari Daerah Kemaman dan Kuantan kian meningkat dari semasa ke semasa dengan purata 250 orang sehari dan adakalanya meningkat kepada 350 orang sehari. Di antara tahun 1990 hingga 1995, jumlah simpanan yang dapat dipungut oleh TH Kemaman ialah purata RM 2.5 juta sebulan manakala bilangan jemaah haji yang mendaftar adalah sekitar 200 hingga 300 orang setahun. Menjelang akhir tahun 2000, TH Kemaman telah menerima kutipan simpanan sebanyak RM 30.5 juta yang mana ianya telah melepasi sasaran tahunan pada ketika itu iaitu RM 25 juta, ditambah pula dengan pembukaan pejabat TH Mini Kerteh di Bandar Baru Kerteh pada 27 Mac 2000. Jemaah haji pula semakin meningkat dengan purata tahunan seramai 360 orang.


Sejajar dengan perkembangan ini, TH Kemaman telah diubahsuai yang mana pengubahsuaian ini melibatkan kaunter dan persekitaran dalaman. Kaunter yang disediakan berkonsepkan Kaunter Mesra dan Terbuka yang dilengkapi dengan tempat duduk yang lebih selesa selain dari sistem komputer on-line dan sistem angka giliran yang sistematik. Perubahan ini sesuai dengan tujuan TH untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada pelanggan. Kaunter ini mula beroperasi pada 1 Ogos 1998 dan telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Paduka Dr. Hamid bin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 22 Jun 1999 dan pada 1 Mei 2001 TH Kemaman telah dinaiktarafkan kepada Pejabat Daerah High-Volume dengan Gred K13.


Berikut adalah senarai pengurus-pengurus yang telah dan sedang menabur bakti di Tabung Haji Kemaman :-

1) Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman           
    15/05/1983 hingga 11/03/1984

2) Haji Alias bin Yasin                                  
   12/03/1984 hingga 15/01/1986

3) Haji Roslan bin Sidi Ali                            
   16/01/1986 hingga 15/01/1988

4) Haji Tuan Ali bin Tuan Mat                        
   16/01/1988 hingga 31/01/1990

5) Haji Zulkifli bin Tajuddin                         
    01/02/1990 hingga 30/05/1993

6) Haji Abdul Halim bin Abdul Rahman           
    01/06/1993 hingga 01/09/1997

7) Haji Mohamad Zamri bin Mohd Noor          
    02/09/1997 hingga 30/04/2001

8) Haji Pakarudin bin Hasan 
    01/05/2001 hingga 31/03/2008

9) Haji Amer Hamzah bin Mohd Rani             
    01/04/2008 hingga sekarang

No comments:

Post a Comment