SEJARAH

Saturday 11 December 2010

KELAB TaHa@U (Khas Untuk Pelajar IPT)

Pada 18 Mei 2010,Tabung Haji dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom telah merasmikan Kelab TaHa@Universiti  atau dikenali sebagai TaHa@U (sepertimana logo di atas) di Kuala Terengganu.Tabung Haji telah mensasarkan 50,000 orang ahli Kelab TaHa@U yang terdiri daripada pelajar-pelajar di IPT. Kelab ini dibuka keahliannya kepada penuntut-penuntut di IPTA, IPTS, Pusat Latihan Kemahiran ataupun kolej-kolej. Di antara objektif utama Tabung Haji mewujudkan kelab ini adalah :-

Menanam minat menabung.
Membina generasi kini untuk mengisi kepimpinan masa depan.
Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk ahli dan membangkitkan keinginan untuk menunaikan fardhu haji pada usia muda.
Membina generasi yang prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran ummah dan negara.


Selain dari itu, antara manfaat kepada ahli kelab adalah ahli kelab diberi keutamaan dan berpeluang untuk berkhidmat dengan Tabung Haji melalui :-

Program Skim Latihan Graduan (SLG)
Latihan Praktikal/amali
Program Sukarelawan di antaranya ialah semasa musim haji dalam Operasi Haji di Tanah Air, program “mentor dan mentee” di antara pelajar universiti dan pelajar sekolah dan program kemasyarakatan TH/IPT di bawah anjuran Kelab TaHa@U
Dikenali sebagai Duta TaHa
Menyertai aktiviti kelab seperti sukan dan riadah serta peraduan yang dianjurkan bersama Berita Harian
Diskaun harga di lebih 200 rangkaian Rakan Kelab TaHa di seluruh Malaysia





2 comments:

  1. assalamualaikum...macam mana nak jadi ahli kelab taha?

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam wbt.. kalu nak senang, boleh pegi tabung haji yang terdekat dan minta pegawai bertugas daftarkn..

    ReplyDelete