SEJARAH

Saturday 11 December 2010

KELAB TaHa

Kelab TaHa telah dilancarkan pada 10 April 2008 oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan sejak tarikh tersebut Kelab TaHa telah mencapai keahliannya hampir mencecah 600 ribu pelajar di seluruh pelusuk Malaysia. Di peringkat Negeri Terengganu, Kelab TaHa telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu pada 12 Jun 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih, Kemaman. Sejak dilancarkan, keahlian Kelab TaHa di Negeri Terengganu telah mencecah lebih 45,000 orang pelajar dan di Daerah Kemaman, bilangan ahli Kelab TaHa telah mencecah lebih 6,500 orang ahli.



OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB TaHa
@ Menanam minat menabung sejak di bangku sekolah di samping menyemai rasa bangga  menjadi ahli Tabung Haji pada usia muda.


@ Menganjurkan program-program khas untuk manfaat tambahan kepada ahli kelab seperti klinik bimbingan peperiksaan, perkhemahan ibadah dan sebagainya.


@ Mempelbagaikan program dan aktiviti untuk pendeposit muda dan membangkitkan keinginan menyahut laungan Kaabah di usia muda.


Di Daerah Kemaman, Unit Pemasaran TH Kemaman telah mempromosikan Kelab TaHa ke setiap sekolah rendah dan menengah di daerah berkenaan melalui penganjuran kempen-kempen pembukaan akaun TH di kalangan pelajar sekolah dan seterusnya mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa.


Berikut adalah kedudukan 5 teratas (sehingga 30 November 2010) bagi kategori sekolah menengah yang mempunyai bilangan ahli Kelab TaHa :-

1) Sek Men Keb Binjai                  
    - 785 Ahli

2) Sek Men Keb Kijal
    - 753 Ahli

3) Sek Men Keb Air Putih
    - 641 Ahli

4) Sek Men Cheneh Baru
    - 622 Ahli

5) Sek Men Keb Seri Bandi
    - 601 Ahli

Bagi kategori sekolah rendah :-

1) Sek Keb Kijal
    - 138 Ahli

2) Sek Keb Rantau Petronas
    - 134 Ahli

3) Sek Ren Keb Sultan Ismail
    - 102 Ahli

4) Sek Keb Kerteh
    - 75 Ahli

5) Sek Keb Pusat Kemaman
    - 55 Ahli

No comments:

Post a Comment